Thursday, May 24, 2012

Troll: Tade troll -.-

Hi :')
Bismillah, assalamualaikum peeeps (y) 
haaa sapa jawab salam gua dia sangatt awesome, bukan sahaja awesome, malah dapat pahala lagi lu dapat :')
Okay okay,act gua taknak UPDATE pun blog gua nie, tapi sepupu gua yg terchennntaaa suruh gua update, gua pun update lah :D cc: Syafiqah Sulong
Hahaha, actkan mak jeles dengann dia youuuuu OMG dia dah lah cute comel daring determine smart. Senang citaa dialah package yg complete bagi pilot yg sedang carikk carikk girlpreng :D
Hmmm hmmm *sambil tengok dekat tingkap* gua pun tak tau nak post apa sebab gua tengah heartless you :'( gua dah nak sambung belajar :( obviously aku tak readyyy lagi :'( sumpah aku dah bertolak ke KL pada hari Sabtu nie and now sekarang Khamis satu jadah aku tak kemas apa apa lagi :/ sungguh aku tadee mood :'( actuallykan aku takuut nak masukk UM tuu :'( and sebenarnyekan aku nak masuk UIA dan USIM :'( aku terkilann sikit aku takdapat masuk situ :'( Apapun Alhamdulilah aku dapat masuk U :') Okay guys, actkan aku macam takyakin dekat situu sebab semua pandai pandai, aku jek yang noob :'( gua nie dah lahh lembap, gua takdapat bayangkan kehidupan gua dekat sane :( gua takutt gua takdapat kawan dekat sana, sebab semuaa pandai pandai gua sorangg jek yg noob :'( Gua takut gua takde kawan k? Gua takut kawan kawan gua kawan dengan gua tak ikhlas :'( ahhh gua selalu terfikir fikirkan pekara ini! DEMM! *Tumbuk Meja*Gua harap sangat gua dapat kawan yg betul betul ikhlas kawan dengan gua :'( peeps, tolong doakan saya tabah disitu yaa :') mohon doakan saya berjaya dunia akhirat ^^
 Okay tutup buku pasal masuk U nie, gua rasee tension pulakk  -____________-
 Okay, actkan gua rase gua nak buat cerita bangang pada entry gua kali ni, sapa yang rase nak bangang sikit sikit, boleh lah baca entry gua. Kepada sapa yang rase nak baget good good 24/7 boleh berambus dan godai sekarang *halau dengan penyapu*

Okay okayy, jeng jeng ready pada entry bangang gua harini 
"Petua petua nak elakkan Malu apabila anda terjatuh dikhalayak orang ramai"
                                                                            Ehem ehemm

1. Apabila anda terjatuh ketika anda tersepak batu, anda silalah bangun dan sepak batu tu balik dan buat jatuh balik macam mana anda jatuh tadi. Buat banyak banyak kali sampai orang ingat yang sebenarnya anda buat free show untuk orang orang yang ada dekat situ.

2.Apabila anda jatuh ketika anda ingin naik bas, anda haruslah pusing kebelakang dan jerit "Woi! apa nie janganlah tolak tolak!" jeritlah walaupun sebenarnya belakang anda tiada orang.

3.Apabila anda terjatuh di depan Bustop, jangann bangun baringg dekat situu selama lama yang boleh, biar orang ingat yang anda tuh pengsan dan ada orang yg tolong anda.Kalau takde yang tolong pun, baringlah sampai tade orang sekalipun sampai malam, kemudian anda bangun.

4.Apabila anda terjatuh ketika anda sedang berjalan, anda haruslah bangun dan cakap" eh aku ni sapa?, aku ada dekat mana? macam mana aku boleh jatuh?" haaa, masa tuh orang akan ingat yang anda sebenarnye hilang akal.

5.Apabila anda terjatuh ketika anda sedang duduk, anda haruslah cakap, "haishhh sapa yang buat kerusi nie? takde kualiti betul, habis aku jatuh" sambil sambil anda terajang kerusi tersebut.

okay okay, itu sahaja storyline nye, next entry gua nak buat petua petua macam mana nak hilangkan homesick (y)
Bagi sapa yang setuju sila angkat tangan dan buat undian di kotak comment dibawah :'P

Okay, byebye ^^

Thanks fr reading peeps (y)